Unit 1 - Konsep Umum Sistem Pengoperasian

Posted on Saturday, May 8, 2010 by B[H] | 0 comments
Labels:

Komputer pada masa ini memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat. Ia telah digunakan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan manusia.
Dalam bidang perindustrian, sebagai contohnya, komputer telah digunakan dengan begitu meluas dan hampir semua teknologi moden pasti akan melibatkan penggunaan komputer. Dalam industri perkilangan , komputer telah digunakan bagi mengawal jentera dan juga bagi membuat rekabentuk. Begitu juga dalam urusan perniagaan dan perhubungan yang telah menggunakan komputer dalam banyak hal. Urusniaga bank dan pusat membeli-belah, kawalan trafik di lapangan terbang dan di jalanraya, semuanya telah dikendalikan dengan menggunakan komputer.
Bagi memahami cara komputer digunakan dalam semua urusan kehidupan manusia, kita memahami cara perjalanan sistem komputer.
Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri dari unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output. Walaubagaimanapun satu sistem komputer yang hanya terdiri dari perkakasan sahaja tidak dapat diguna bagi melaksanakan apa-apa kerja yang berfaedah. Justeru itu semua sistem komputer mempunyai satu lagi komponen yang dikenali sebagai perisian.

Photobucket


Sejarah Sistem Pengoperasian

-Perkembangan sistem pengoperasian boleh dibahagikan kepada 4 generasi utama.


Generasi Pertama (1945 – 1955) – Tiub vakum dan papan palam
-Dalam generasi yang pertama ini beberapa saintis telah berjaya membina sebuah mesin pengira yang menggunakan tiub vakum. Sistem ini menggunakan beribu-ribu tiub vakum yang memenuhi seluruh ruang bilik, tetapi tindakbalas terlalu perlahan meskipun harganya murah jika dibandingkan dengan komputer yang ada masa kini.

Dalam masa tersebut, sekumpulan manusia merekabentuk, membina dan mengendalikan satu mesin. Semua aturcara dibuat menggunakan bahasa mesin dengan menyambungkan papan palam untuk mengawal fungsi asas sesuatu mesin. Awal 50-an kad tebuk diperkenalkan.


Generasi Kedua (1955-1965) – Transistor dan Sistem Berkelompok
-Pertama kalinya ada pengasingan di antara perekabentuk, pembina, pekerja, juruaturcara dan penyelenggara sesebuah mesin. Mesin ini cuma boleh dikendalikan oleh pekerja profesional. Hanya syarikat yang besar, badan kerajaan dan universiti sahaja yang mampu memiliki mesin ini. Sistem ini banyak membuang masa, maka dari itu sistem berkelompok diperkenalkan.

Idea sistem berkelompok ini adalah dengan mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat sebagai masukan dan disalin ke pita bermagnet dengan menggunakan komputer kecil tapi mahal seperti IBM 1401. Komputer ini sangat baik dalam membaca kad, menyalin pita dan menghasilkan keluaran tetapi tidak bagus dalam pengiraan.

Generasi Ketiga (1965-1980) – Litar Bersepadu dan Multi-pengaturcaraan
Awal 60-an kebanyakan pembuatan komputer terdapat dua perbezaan utama. Pertama komputer 7094 direkabentuk untuk kegunaan pengiraan matematik dalam sains dan kejuruteraan. Komputer 1401 pula penggunaannya sangat meluas dalam menyusun pita dan mencetak. Sering digunakan oleh bank dan syarikat insuran.

Sistem multi-pengaturcaraan mula diperkenalkan untuk komputer 7094. sistem ini direka untuk mengelakkan masa menunggu terlalu lama. Penyelesaian yang dilakukan adalah dengan membahagikan ingatan kepada beberapa ruang dengan fungsi setiap bahagian yang berbeza.

Generasi Ke-empat (1980-1990) – Komputer Peribadi
Kebanyakan komputer peribadi ini digunakan dalam bidang perniagaan,
universiti dan badan kerajaan dengan menggunakan satu stesen kerja yang disambung dengan menggunakan rangkaian. Komputer peribadi ini mudah digunakan dan mempunyai perisisan yang canggih. Pertengahan 80-an rangkaian komputer peribadi ini menjalankan sistem pengoperasian rangkaian dan sistem pengoperasian agihan.

No comments:

Post a Comment