Unit 2 - CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN

Posted on Saturday, May 8, 2010 by B[H] | 0 comments
Labels:

Ciri-ciri Utama Sistem Pengoperasian dibahagikan kepada :-

Serentak

Sistem pengoperasian dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan serentak / selari, (Misalnya operasi-operasi I/O dilaksanakan serentak dengan operasi pengiraan). Dengan ini bermakna beberapa program pengguna dilaksanakan dalam satu jangka masa yang sama.

Masalah : 1. Penukaran daripada satu aktiviti kepada aktiviti
yang lain
2. Perlindungan antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.



Perkongsian

Oleh kerana aktiviti-aktiviti dilaksanakan serentak maka sumber-sumber komputer, data dan maklumat dikongsi bagi tujuan-tujuan berikut :

• Dapat mengurangkan kos di mana satu sumber sistem dapat digunakan oleh beberapa pengguna sistem.

Kelebihannya : penggunaan sumber-sumber bahan yang adil kepada pengguna-pengguna sistem kerana tidak semua sumber bahan digunakan sentiasa oleh seorang pengguna.
Kos berkurang dan manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan dapat dikongsi oleh beberapa pengguna.
• Kongsi aturcara dan rutin

Tenaga kerja juruaturcara dapat dijimatkan apabila rutin misalnya rutin isihan, penyusunan dikongsi penggunaannya.

• Kongsi data

Fail yang mempunyai data global / pangkalan data boleh dikongsi oleh aturcara berlainan. Dengan ini dapat menjimatkan ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail dan data.


Apabila melibatkan perkongsian sumber bahan (peranti, fail, aturcara dan rutin) perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :

• Peruntukkan sumber bahan
• Capaian data
• Perlaksanaan aturcara dengan serentak
• Perlindungan data dari kerosakan



Storan Jangka Panjang

Dengan keperluan perkongsian data, aturcara dan rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. Perkara yang perlu dipertimbangkan :

- Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah
- Perlindungan dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.

No comments:

Post a Comment