Unit 2 - CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN

Posted on Saturday, May 8, 2010 by B[H] | 0 comments
Labels:

Keberkesanan (cekap dan tepat)

Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang agak cepat. Kriteria cekap dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik, ianya diukur mengikut :

• Masa purata di antara kerja-kerja
• Masa pemproses pusat yang terbuang
• Masa pusingan semula kerja-kerja kelompok
• Masa maklumbalas dalam sistem capaian berganda
• Penggunaan sumber-sumber sistem komputer

Faktor-faktor di atas tidak mungkin dapat dioptimumkan serentak. Walaubagaimanapun sistem pengoperasian cekap mempunyai ciri-ciri yang mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber dan memaksimumkan daya pemprosesan sistem komputer.



Kebolehpercayaan

Satu perisian yang “boleh dipercayai” adalah perisian yang dapat memberikan satu khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna.
Selain dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.




Mudah Diselenggarakan

Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan Perisian.




Saiz Kecil

Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan.
Juga biasanya satu system yang besar akan lebih cenderung untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.

No comments:

Post a Comment