Unit 2 - STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN

Posted on Saturday, May 8, 2010 by B[H] | 0 comments
Labels:

2.1 Perkakasan

Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri daripada unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output yang merupakan periferal sistem komputer. Semua ini dikenali sebagai “perkakasan” atau “mesin” komputer.

Tanpa sistem Pengoperasian, pengguna akan menghadapi banyak masalah kerana pengguna tersebut tidak dapat mengendalikan semua perkakasan dengan tepat.



2.2 Perisian

Perisian sebenarnya yang membentuk dan membolehkan komputer melakukan sesuatu tindakan dan perisian yang boleh bertindak demikian di panggil “Perisian Penggunaan”
Bagi memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan ini , kebanyakan sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian yang dikenali dengan nama “Perisian Sistem”. Di antara contoh perisian jenis ini ialah pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat.


Dari perbincangan di atas, kita telah dapati bahawa satu tugas utama Sistem Pengoperasian ialah untuk menyembunyikan perkakasan komputer dari pengguna dan menyelesaikan semua masalah yang bersangkutan dengannya.

No comments:

Post a Comment